Rahsia kesihatan vitamin shaklee

Thursday, 7 August 2014

Pil hormon vs gla complex ❕❕❕❕❕

Satu lagi keburukan jika mengambil Pil Hormon.

Jawapan
disediakan oleh Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan
dan Sakit Puan, Hospital Pantai Ampang.
Saya memiliki bentuk badan kurang menarik dan terlalu
kurus. Saya teringin untuk memiliki bentuk badan yang
cantik dan mengiurkan. Rakan saya mencadangkan
penggunaan pil hormon estrogen untuk membentuk payu
dara dan punggung yang lebih menawan. Adakah
pengambilan pil hormon ini memberi kesan sampingan?

Jawapan:
Sememangnya satu hakikat apabila semua wanita
mengidamkan bentuk badan yang cantik terutama pada
bahagian payu dara dan punggung yang montok.
Bagaimanapun, bukan semua wanita berupaya mempunyai
badan yang mengiurkan seperti yang diidamkan, termasuklah
saudari.

Faktor genetik memainkan peranan yang penting. Jika puan
datang dari keturunan bertubuh kecil dan kurus seperti mana
emak atau adik beradik yang lain, maka sukar untuk memiliki
badan yang diimpikan.
Bagi mendapatkan badan yang cantik, jika seorang yang
kurus seperti saudari, saya syorkan cuba tambahkan berat
badan dengan melebihkan makanan hingga ke tahap indeks
atau Berat Jisim Tubuh (BMI) yang ideal. BMI yang kurang
dari 18 adalah terlalu kurus dan melebihi 30 pula
dikategorikan sebagai obesiti atau terlalu gemuk.

Pengambilan hormon estrogen akan menyebabkan payu dara
membengkak dan tegang selain boleh meningkatkan selera
makan. Namun, ia mungkin tidak berkekalan. Kesannya
hilang selepas saudari berhenti mengambil hormon.
Dari segi perubatan, adalah dilarang sama sekali mengambil
hormon estrogen saja tanpa ditambah dengan hormon
progesterone. Hormon estrogen saja jika diambil dalam
masa panjang boleh menyebabkan barah rahim, ovari, payu
dara dan pintu rahim.

Oleh itu kami (doktor pakar perbidanan) selalunya memberi
hormon estrogen dalam bentuk kombinasi bersama hormon
progesterone seperti pil perancang keluarga dan hormon
gantian untuk wanita menopaus. Sebarang pengambilan
hormon memerlukan pemantauan yang rapi setiap tahun
seperti ujian darah, mamogram dan pap smear serta dengan
imbasan pelvis.

Kesan sampingan lain ialah peningkatan risiko batu karang
dalam hempedu antara dua hingga tiga kali ganda,
perdarahan tidak menentu pada rahim, pembekuan darah
pada betis kaki dan pelvis yang menyebabkan masalah
seperti embolisma paru-paru, barah hati, darah tinggi,
kencing manis dan menggalakkan pertumbuhan fibroid dan
endometriosis.

Selain itu, kesan sampingan kecil seperti pengumpulan air
dalam tubuh, payu dara bengkak dan sakit, loya, muntah,
perubahan mood dan perut ‘bengkak’. Itu bagaimanapun
hanya sebahagian saja ada banyak lagi kesan-kesan
sampingan yang lain.
Kesimpulannya, saudari tidak perlu mengambil hormon
estrogen untuk mendapatkan badan yang cantik. Jika perlu
mengambilnya, gunakan pil perancang keluarga sebagai
alternatif terutama sekali jika puan gunakan pil ini sebagai
satu cara cegah kehamilan.
Jawapan disediakan oleh:
Dr Suhaimi Isa,

Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan,
Hospital Pantai Ampang.

GLA COMPLEX

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage
yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik
(LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Asid Gamma
Linolenik digunakan secara tradisional untuk memberi
kelegaan semasa datang bulan, sakit kepala, mengimbangi
kitaran haid dan mengurangkan simptom akibat menopause.

Gamma Linolenic Acid (GLA) juga membantu wanita hasilkan
cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali
sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical
mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair,
cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus
ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum).
Tambahan,
cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma
hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio,
yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun
anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri
sedang subur (waktu ovulasi).
Tiada kesan sampingan mesra alam.

Wassapp saya 0178335628
suzane Lim bibie (fb )

promo buy 6 free 1

No comments:

Post a Comment