BAHAYA KANSER PROSTAT DAN PEMBESARAN PROSTAT
Berapa ramaikah lelaki, terutama di kalangan
perokok, sanggup membuang perasaan malu untuk
menjalani pemeriksaan alat kelamin bagi mengesan
kehadiran kanser Prostat?
Malu, rasa rendah diri dan bimbang jika nanti
disahkan mengidap kanser membuatkan ramai lelaki
lebih rela menanggung kesakitan dalam diam.
Anggota reproduksi lelaki terdiri daripada Penis, Kerandut
Buah Zakar dan Buah Zakar. Anggota-anggota ini terdapat
di luar penis. Anggota reproduksi di bahagian dalam tubuh
termasuklah Pundi Prostat, Pundi Seminal dan Pundi
Cowper.
Prostat adalah kelenjar kecil sebesar kacang welnut yang
terletak atas pundi kencing. Ia mengelilingi uretra, iaitu
tiub yang menghubungkan pundi kencing ke zakar,
mengandungi tisu berserat, tisu berotot dan kelenjar.
Fungsinya untuk membantu sistem pembiakan lelaki
dengan menghasilkan cecair seperti susu untuk membawa
sperma ketika ejakulasi.
Walaupun punca sebenar kanser prostat belum dapat
dipastikan, banyak kajian menunjukkan tabiat merokok
adalah antara penyumbang utama kepada kanser ini selain
pemakanan banyak lemak dan tinggi kalori. Lelaki
berumur kurang 50 tahun dengan pengalaman merokok
selama 30 tahun didapati mempunyai risiko 100 peratus
mendapat kanser prostat.
Selain faktor umur, keturunan dan sejarah keluarga juga
dikatakan ada kaitan dengan risiko diserang kanser
prostat tetapi kesnya sangat kecil berbanding rangsangan
faktor luaran. Individu yang menghabiskan satu kotak
rokok sehari selama 40 tahun atau 2 kotak sehari selama
20 tahun juga berdepan risiko setinggi 60 peratus
mendapat kanser prostat berbanding bukan perokok.
Pengarah Eksekutif Persatuan Kebangsaan Kanser
Malaysia (NCSM), Dr. Suanthari Somasundaram berkata,
kanser prostat mengambil masa lama sebelum
menunjukkan simptomnya dan biasanya ia dihadapi lelaki
beumur 60 tahun ke atas.
Pembentukan kanser prostat
adalah proses perlahan dan sentiasa berkembang selagi
faktor penggalak terus diberikan. Bagaimanapun, ia
mudah dirawat jika dapat dikesan awal, tetapi masalahnya
ramai lelaki malu untuk tampil mendapatkan rawatan
kecuali apabila tidak dapat menanggung kesakitan,
katanya.
Antara simptom utama kanser prostat ialah aliran kencing
perlahan, tidak lawas dan akhirnya keluar sedikit demi
sedikit. Pada peringkat serius, air kencing mungkin tidak
keluar langsung. Ini menyebabkan pesakit rasa tidak puas
dan kerap terasa hendak buang air kecil, terutama pada
tengah malam. Keadaan ini berlaku kerana kelenjar prostat
membengkak dan menekan saluran pundi kencing,
menyebabkan aliran air kencing tersekat.
Selain itu, pembengkakan kelenjar prostat juga
membuatkan alat kelamin berasa sakit ketika ereksi. Dan
keadaan ini sudah tentu akan menjejaskan hubungan
seksual.
SUZANE LIM 0178335628
WASSAPP
TQ.
No comments:
Post a Comment